Khamis, 28 Jun 2012

SUBHANALLAH!!! Dua Sempadan Air Tidak Bercampur

SUBHANALLAH!!! Dua Sempadan Air Tidak Bercampur: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Hari ini Mat ingin bercerita mengenai salah satu keajaiban yang Allah cipta di ...
diambil dari blog ammar

Khamis, 7 Jun 2012

Santai Bersama: 12 JENIS MAKANAN BANTERAS PENYAKIT

Santai Bersama: 12 JENIS MAKANAN BANTERAS PENYAKIT: 1.LADA BENGGALA UNTUK BUAH PINGGANG -Vitamin C,A,B6, asid folik dan serat menjadikan ia makanan yang mampu menyihatkan buah pinggang anda. ...

Santai Bersama: Destinasi Budget-Cuti-cuti 1Malaysia

Santai Bersama: Destinasi Budget-Cuti-cuti 1Malaysia: Pasti ramai yang tercari-cari tempat untuk merehatkan diri selepas penat bekerja. Dan ada juga yang tidak tahu ke mana untuk membawa a...

12 JENIS MAKANAN BANTERAS PENYAKIT

1.LADA BENGGALA UNTUK BUAH PINGGANG
-Vitamin C,A,B6, asid folik dan serat menjadikan ia makanan yang mampu menyihatkan buah pinggang anda.




2.BAWANG PUTIH ELAK TERJADINYA PLAK GIGI
-juga membantu dalam merendahkan kolestrol.
























3.KUBIS BUNGA BANTU HATI MENUETRALKAN TOKSID
-sumber terbaik folat dan serat malah tinggi kandungan vitamin C.





4.MANFAAT PHYTOCHEMICALS DALAM KOBIS
-phytochemicals adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang mampu menguraikan bahan radikal bebas di dalam tubuh. 
-dapat menbantu melindungi tubuh dari serangan kanser khususnya paru-paru, usus, payudara,prostat dan ovari.














5.TINGKATKAN KADAR METABOLISME DALAM BAWANG
-kandungan potasium yang rendah serta kandungan chromium yang tinggi membantu mempertingkatkan metabolisme.




6.PELBAGAI KHASIAT EPAL
-khasiat anti-inflamasi dan tinggi serat untuk melancarkan penghadaman.
-sebiji epal dapat membantu mengurangkan kolestrol berlebihan dalam darah, melindungi jantung serta mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.




7.STRAWBERI MELINDUNGI SEL TUBUH
-sangat tinggi dengan kandungan vitamin C dan serat.
-kaya dengan antioksidan yang melindungi sel tubuh dari kerosakan.




8.KHASIAT KRANBERI UNTUK PERUT
-melindungi usus dari jangkitan bakteria.
-membantu mengurangkan risiko diserang ulser.




9.BERI BIRU UNTUK KESIHATAN TULANG
-sangat tinggi dengan kandungan anthocyanidins merupakan antioksidan yang baik untuk mrngurangkan risiko alahan.
-kaya dengan vitamin C,serat, dan manganese yang baik untuk kesihatan tulang.




10.RASPBERI CEGAH KEROSAKAN SEL
-mengandungi ellagic acid yang membantu meneutralkan bahan radikal bebas yang melindungi kerosakan sel tubuh.
-kaya dengan vitamin C,B serat dan folat menghalang pertumbuhan sel kanser.




11.CERI KURANGKAN RISIKO ALAHAN
-mengurangkan risiko alahan dan radang.
-kandungan antioksidan yang baik untuk jantung.




12.LINDUNGI JANTUNG DENGAN ANGGUR MERAH
-kaya dengan kandungan flavanoid yang melindungi jantung serta melancarkan fungsinya.
-mengelak berlakunya pengumpulan darah beku.
-membantu merehatkan otot serta saluran darah serta mempertingkatkan aliran darah.














sumber-EkstraDiet(Erny Hernani Hashim)majalah rapi 2011

Isnin, 4 Jun 2012

Dilema ibu bapa

Perkahwinan merupakan satu fasa yang baru yang akan ditempuh oleh setiap insan. Institusi kekeluargaan merupakan institusi terpenting dalam pembentukan masyarakat dan pembinaan negara. Oleh yang demikian, peranan institusi kekeluargaan ini amat penting dalam pembentukan sahsiah dan moral anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita sama ada dalam pelajaran dan pendidikan, keperluan diri dan sebagainya. 

Tambahan pula, pada era globalisasi ini, cabaran ibu bapa sekarang amat besar. Mana tidaknya, dengan perkembangan teknologi yang pesat, anak-anak mudah terdedah dan terpengaruh kepada media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Sebagai ibu bapa kita berasa risau sekiranya mereka terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dengan menyalahgunakan media sosial tersebut untuk kepentingan masing-masing. Sekiranya mereka menggunakan medium tersebut untuk kebaikan mereka apa salahnya.

Ahad, 3 Jun 2012

Destinasi Budget-Cuti-cuti 1Malaysia


Pasti ramai yang tercari-cari tempat untuk merehatkan diri selepas penat bekerja. Dan ada juga yang tidak tahu ke mana untuk membawa anak-anak semasa cuti penggal persekolahan yang telah bermula ini. Apa kata anda membawa anak-anak anada ke Bukit Fraser. Mungkin ianya akan menjadi satu percutian yang menarik dalam diari hidup anda sekeluarga. Bagi mereka yang inginkan susasana yang tenang dan jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota, Bukit Fraser menjanjikan pengalaman yang beharga untuk kita. Suasana yang sejuk dan juga ditambah pula dengan kehijauan alam, serta udara yang segar, pasti ramai yang sukakannya.


Sekadar untuk berkongsi, percutian di Fraser's Hill begitu mengujakan buat kami sekeluarga. Kami sekeluarga lebih gemarkan kehijauan alam semulajadi. Jadi kami telah memilih Bukit Fraser sebagai percutian pada februari yang lalu. Banyak tempat yang menarik yang boleh dikunjungi di sana contohnya kawasan air terjun untuk perkelahan,aktiviti menunggang kuda, dan sebagainya. Terpulanglah kepada pendapat masing - masing untuk merealisasikan percutian anda supaya menjadi lebih menarik. Bagi saya, inilah percutian budget yang amat menarik yang boleh dilawati. Untuk penginapan di Bukit Fraser kita tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai pilihan. Anda boleh memilih tempat penginapan mengikut budget masing-masing. Semasa kami berada di Bukit Fraser kami telah menginap di Banglo Selangor yang sangat menarik dan amat selesa. Yang paling penting amat berpatutan.