Ahad, 3 Jun 2012

Destinasi Budget-Cuti-cuti 1Malaysia


Pasti ramai yang tercari-cari tempat untuk merehatkan diri selepas penat bekerja. Dan ada juga yang tidak tahu ke mana untuk membawa anak-anak semasa cuti penggal persekolahan yang telah bermula ini. Apa kata anda membawa anak-anak anada ke Bukit Fraser. Mungkin ianya akan menjadi satu percutian yang menarik dalam diari hidup anda sekeluarga. Bagi mereka yang inginkan susasana yang tenang dan jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota, Bukit Fraser menjanjikan pengalaman yang beharga untuk kita. Suasana yang sejuk dan juga ditambah pula dengan kehijauan alam, serta udara yang segar, pasti ramai yang sukakannya.


Sekadar untuk berkongsi, percutian di Fraser's Hill begitu mengujakan buat kami sekeluarga. Kami sekeluarga lebih gemarkan kehijauan alam semulajadi. Jadi kami telah memilih Bukit Fraser sebagai percutian pada februari yang lalu. Banyak tempat yang menarik yang boleh dikunjungi di sana contohnya kawasan air terjun untuk perkelahan,aktiviti menunggang kuda, dan sebagainya. Terpulanglah kepada pendapat masing - masing untuk merealisasikan percutian anda supaya menjadi lebih menarik. Bagi saya, inilah percutian budget yang amat menarik yang boleh dilawati. Untuk penginapan di Bukit Fraser kita tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai pilihan. Anda boleh memilih tempat penginapan mengikut budget masing-masing. Semasa kami berada di Bukit Fraser kami telah menginap di Banglo Selangor yang sangat menarik dan amat selesa. Yang paling penting amat berpatutan.




1 ulasan: