Isnin, 4 Jun 2012

Dilema ibu bapa

Perkahwinan merupakan satu fasa yang baru yang akan ditempuh oleh setiap insan. Institusi kekeluargaan merupakan institusi terpenting dalam pembentukan masyarakat dan pembinaan negara. Oleh yang demikian, peranan institusi kekeluargaan ini amat penting dalam pembentukan sahsiah dan moral anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita sama ada dalam pelajaran dan pendidikan, keperluan diri dan sebagainya. 

Tambahan pula, pada era globalisasi ini, cabaran ibu bapa sekarang amat besar. Mana tidaknya, dengan perkembangan teknologi yang pesat, anak-anak mudah terdedah dan terpengaruh kepada media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Sebagai ibu bapa kita berasa risau sekiranya mereka terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dengan menyalahgunakan media sosial tersebut untuk kepentingan masing-masing. Sekiranya mereka menggunakan medium tersebut untuk kebaikan mereka apa salahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan